top of page
Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan Selangor
SELAMAT DATANG KAMPUNG SUNGAI NIBONG
KAMPUNG BATU 23
Laman Utama: Welcome
SEJARAH KAMPUNGÂ BATUÂ 23 SUNGAIÂ NIBONGÂ SEKINCHANÂ SELANGOR
Kampung Batu 23 Sungai Nibong merupakan salah sebuah kampung yang terdapat di Mukim Pasir Panjang. Asalnya Kampung Batu 23 ini adalah pecahan daripada Kampung Pasir Panjang dan dulunya dipanggil sebagai Kampung Asam Jawa. Nama ini pula diperolehi kerana terdapatnya sebatang pokok asam jawa besar di tepi ban lama kampung tersebut.
Kisah Kampung Asam Jawa telah diterokai pada tahun 1912 yang diketuai oleh Pawang Saad dari Melaka bersama beberapa orang pengikutnya. Berkampungnya mereka di Kampung Asam Jawa apabila melalui jalan sungai. Kawasan ini lama kelamaan kian luas hingga ke Sekinchan. Makin ramailah sanak saudara dan keluarga peneroka yang kebanyakkannya berasal dari Melaka dan Johor. Kawasan petempatan pula semakin berkembang hingga ke tepi pantai malahan hutan juga diterokai bertujuan untuk pertanian. Penghulu pertama Kampung Pasir Panjang ialah Tuan Haji Said yang mentadbir dari Sekinchan hingga Sungai Nibong.
Nama Kampung Sungai Nibong diberikan kerana terdapat banyak pokok nibung di tepi sungai kawasan. Penduduk Sungai Nibong kian bertambah penduduknya dan pentadbiran juga bertukar ganti di mana jawatan ketua kampung telah diganti oleh Tuan Haji Omar bin Haji Saidiaitu anak kepada Penghulu Haji Said.
Laman Utama: Our Causes
Laman Utama: Get Involved
DAYA TARIKAN
Di Sekitar Kampung...
Pantai Kampung Batu 23, Sungai Nibong
Sawah Padi
​
Mee Udang King Original
Laman Utama: Programs
Laman Utama: Donate
Laman Utama: Contact
bottom of page